Monday, 30 July 2012

NASIHAT IMAM SYAFIE

Antara hak-hak yang perlu ditunaikan.

1.  Hak untuk diri :
     i.  kurangkan tidur supaya boleh banyakkan ibadah
    ii.  kurangkan makan supaya boleh kurangkan tidur
   iii.  kurangkan bercakap supaya boleh kurangkan dosa
   iv.  berpada-pada dengan rezeki yang ada supaya kita jadi manusia yang bersyukur

2.  Hak malaikat maut :
     i.  Qadha kewajipan yang tertinggal
    ii.  Dapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi
   iii.  Membuat persediaan untuk mati
   iv.  Menanam rasa cinta kepada Allah swt

Sunday, 22 July 2012

MAJLIS ILMU DI BULAN RAMADHAN

Kelebihan menghadiri majlis ilmu di bulan Ramadhan

1.   Pahala digandakan sehingga 70 kali
2.   Setiap langkah ditulis oleh para malaikat dan diberi ganjaran pahala seperti beribadah selama setahun yang sempurna
3.   Terlepas dari huru-hara mahsyar

Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.

lots of luv : ummi

TAZKEERAH RAMADHAN

USTAZ ZULKARNAIN BIN IBRAHIM
KULIAH DHUHA
MASJID SULTAN AZLAN SHAH

Surah Al-Mudatsir : 49 - 50

 
 yang bermaksud :
49 ) "(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?"
 50) Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,

Pengajaran ayat :

1.   Orang yang berada di dalam majlis ilmu ibarat berada di taman-taman syurga
2.   Menghadiri majlis ilmu adalah fardhu ain yang lebih besar dari fardhu ain yang lain
3.   Meninggalkan tazkeerah adalah haram yang leih besar dari haram yang lain lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan
4.   Orang yang meninggalkan tazkeerah sama macam keldai
5.   Bulan ramadhan bulan tazkeerah kerana Al-Quran (kitab yang mempunyai peringatan dari Allah swt dan Rasulullah saw) turun dalam bulan Ramadhan (Nuzul Quran)
6.   Memberhentikan tazkeerah di bulan Ramadhan amat tidak wajar dilakukan kerana kehadiran orang yang berpuasa di bulan Ramadhan ke masjid amatlah ramai berbanding dengan bulan-bulan yang lain

wallahhu'alam

lots of luv : ummi