Thursday, 23 August 2012

Astaghfirullah




Sarcasm 2


Saya tidak mencari publisiti murahan semasa berkongsi pendapat tentang sarcasm vs al-sakhriyyah. Insya Allah saya tidak philosophy illiterate pada memahami susur galur sarcasm dan satire dalam ekspresi diri. Di dalam al-Quran Allah ada menyindir makhluq-Nya dalam banyak tempat. Maha Tinggi Allah yang Maha Layak menyindir hamba-hambaNya yang lemah lagi hina. Namun Allah menegur kita untuk menginsafi bahawa perbuatan menyindir dalam nada lawak untuk menghina adalah al-sakhriyyah yang dicela. 

Kita perlu menginsafi bahawa menyindir hanya dilakukan dengan rasa tinggi diri, kerana itu Allah mengingatkan mungkin yang disindir itu lebih baik daripada yang menyindir. Maka jika ada sesuatu yang hendak ditegur, tegurlah dalam bahasa sesama hamba Allah yang saling ada kelemahan. 

Jika epistimologi rujukan terhadap sarcasm vs al-sakhriyyah itu berbeza sekali pun, tanyalah kepada hati kecil, adakah semasa kita menyindir dan sarcastic itu, kita sebenarnya rasa dekat dengan Allah atau sebenarnya kita sedang dibutakan oleh nafsu sendiri? 

Ahli politik, agamawan dan peminat politik serta agama, sama-sama telah membudayakan sindir menyindir ini hingga sukar digambarkan bagaimana hendak berpolitik dan berceramah tanpa sarcasm. Mungkin kerana itu Allah menangguhkan banyak kemenangan kita kerana masih banyak perkara asas yang kita belum selesaikan dalam memuliakan keadilan dan Deen Allah... yang mustahil tertegak dengan kecelaan lisaan.

Saya menginsafi kesilapan saya sendiri sebelum ini, saya mengajak sahabat kepada keinsafan yang sama

- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Tahajjudmu. Di manakah Ia?

Pernahkah kalian, wahai saudara dan saudariku di sana :
Hanya kerana ingin menunaikan solat tahajjud yang menjadi syariat Rabbaniah (sudah ditetapkan hukumnya oleh Allah SWT) sebagai sunnah Nabawiah (sunnah yang telah ditetapkan hukumnya oleh Nabi Muhammad S.A.W) ???

- Berdoa kepada Allah
- Tidur awal (segera tidur selepas menunaikan solat isyak)
- Meminta bantuan rakan untuk kejut bangun malam
- Bersungguh-sungguh berniat untuk bangun (kerana teramat rindukan Allah dan ingin memabukkan diri dengan cintaNya)
- Meninggalkan SEGALA dosa dan maksiat supaya ia tidak menjadi penghalang kepada kamu untuk bangun dan segera sujud di hadapanNya


Ketahuilah wahai saudara dan saudariku yang dicintai kerana Allah :
seseorang pernah bertanya kepada Hasan Al-Basri, bahawasanya dia enggan memaafkan orang yang pernah bersalah, sehingga tidak dapat bangun solat lail (malam), walaupun dia bersungguh-sungguh berusaha untuk bangun. Hasan Al-Basri kemudian menjawab :


"Dosa yang telah kamu lakukan telah melilit tubuhmu." 
(Ruhbanul lail)

Sarcasm 1




Usai Ramadan, sudah sembuhkah kita daripada kecelaan al-sakhriyyah? Itulah SARCASM, yang dianggap sebagai bakat dan 'cool' dalam perbualan seharian kita. Ia dicela oleh Allah di dalam Surah al-Hujuraat 49: 11.

Allah juga mengulangi larangan sarcasm oleh kaum perempuan, pada menunjukkan al-sakhriyyah ini lebih kerap berlaku kepada perempuan hingga diberi peringatan khusus. Lelaki yang sarcastic, bukan sahaja melakukan perkara yang ditegah oleh Allah, malah bersikap dengan sikap buruk terpilih yang lazimnya ada pada perempuan.

Ayuh kita berubah

- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Jangan Putus Asa




Wahai sahabatku sekalian, jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah swt, jika anda berdoa, bersangka baiklah pada Allah swt dengan keyakinan Allah pasti akan memakbulkan apa yang kita minta itu. TERUSKAN BERDOA, JANGAN BERPUTUS ASA

Dalam sebuah Hadith Qudsi, Allah s.w.t berfirman maksudnya,

“AKU adalah seperti mana sangkaan hamba KU dan AKU bersama dengannya ketika ia mengingati AKU.  Jika ia ingat kepada Ku di dalam hatinya,  AKU ingat kepadanya di dalam hati Ku.  Dan jika ia ingat kepada Ku di khalayak ramai nescaya AKU pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati Ku sejengkal, AKU pun mendekatinya sehasta.  Dan jika ia mendekati Ku sehasta nescaya AKU mendekatinya sedepa.  Dan jika ia datang kepada ku berjalan, maka AKU akan datang kepadanya sambil berlari.” ( hadith Qudsi riwayat Tirmidzi dan Abu Hurairah ) juga direkodkan( oleh Bukhari dan Muslim) 



Ku ingin kembali..


Segalanya indah pada waktunya..



Islam di hatiku


jika hari ini kamu ada segalanya , jangan kamu lupa dgn perkataan PINJAMAN ..
jika hari ini kamu seronok dgn duniawi , jangan kamu lupa dgn perkataan TERPEDAYA ..
jika hari ini kamu sihat , jangan kamu lupa dengan perkataan MUSIBAH
jika hari ini kamu terlanjur melakukan dosa , jangan kamu lupa dgn perkataan TAUBAT ..
jika hari ini kamu cintakan kehidupan sementara , jangan kamu lupa dgn perkataan
KEKAL ABADI ..
jika hari ini kamu asyik dgn angan angan dunia , jangan kamu lupa dgn perkataan KEMATIAN ..
jika hari ini kamu benci orang orang soleh , jangan kamu lupa dgn perkataan KEKASIH ALLAH ..
jika hari ini kamu binggit mendengar nasihat nasihat agama , jangan kamu lupa dgn perkataan AZAB ALLAH ..
jika hari ini kamu ingin merasai kenikmatan , jangan kamu lupa dgn perkataan SYURGA ..
jika hari ini kamu merasa putus asa dgn rahmat Allah , jangan kamu lupa dgn perkataan KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAAN-NYA ..



lots of luv : ummi

Wednesday, 22 August 2012

Ujian Bukan Sekadar Menguji

Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas. Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?

Cuba fikirkan kembali ketika kita masih muda, mungkin semasa kita kanak-kanak? Bukankah hidup ini mudah dan seronok bagi kita? Semuanya adalah mungkin, boleh saja dilakukan jika ada kemahuan.

Tapi dalam kita membesar, perkara-perkara yang dahulunya mudah belaka telah menjadi susah lagi menyusahkan. Kenapa ya?

Mungkinkah kita telah dewasa dan mengetahui bahawa betapa susahnya untuk merealisasikan sesebuah perkara?

Monday, 20 August 2012

Cinta Kerana Allah

Allah boleh jaga kita sepanjang masa, bukan seperti si dia, diri dia pun selalu tak terjaga - malah dia pula menuntut kita menjaga dan memberi perhatian padanya :D (tak mengapa, kerana pasangan yang baik memang saling menjaga!)

Allah selalu ada bila kita perlukanNYA, bukan seperti si dia yang sibuk dengan urusan dunia yang tak selesai. (malah urusan berkaitan kita juga !)

Allah mendengar suara hati, sangat memahami setiap turun naik perasaan, mengetahui setiap hela nafas yang kegembiraan dan kesedihan. Bukan seperti si dia yang kadang sukar memahami.
 
Jika ingin cinta kekal, cintailah Allah Yang Maha Kekal. CintaNya Tak pernah hilang.

Cinta tidak diikat dengan harta, tetapi dengan kekayaan Allah Yang Maha Memberi. 

Cinta.. nikmat dunia yang sementara tapi kesannya bisa membawa kita ke syurga..

"...DIAlah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."

(Surah al-Anfaal ayat 62-63)

 Ya Allah!  satukanlah hatiku dan dia dengan ikatan iman dan kasih sayang..





lots of luv : ummi

Sunday, 5 August 2012

Al-Qadr


" Whoever spends the night of Laylat al-Qadr in prayer out of faith and seeking reward,  all his previous sins will be forgiven." - Hadith
 Subhanallah!


lots of luv : ummi

Semarakkan Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan

1.  Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
2.  Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidpkan malam-malam tersebut.
3.  Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri).  Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang maksudnya :  "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri).   - Riwayat Bukhari dan Muslim
4.  Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

Saturday, 4 August 2012

Maher Zain - for the rest of my life with cartoon story-line




I was always thinking that love was wrong 
But everything was changed when you came along


lots of luv :ummi

Budak Comel Tengah Solat

  

Subhanallah,  kemas je cara dia qiam..

lots of luv : ummi

6 Pesan Imam Al-Ghazali

1.  Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka belum dibebani dengan dosa-dosa.
2.  Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka telah lama beribadah dari kita.
3.  Apabila berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4.  Apabila bertemu dengan orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
5.  Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia tetapi katakan mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6.  Apabila bertemu orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

lots of luv : ummi