Sunday, 30 June 2013

Cili Hijau, Cili Padi dan Limau Kasturi

Cili hijau ni saya beli dari nursery masa balik dari kuliah tadi..  buahnya memang dah banyak.. harap2 la pokok ini akan hidup subur.. hehe senangkan tanam terus besor dan berbuah.. tak mahal pun harganya.. RM6 je..
Cili padi ni pun saya beli kat tempat yang sama.. memang rimbun dan berbaloi dengan harga RM6 je.. semalam saya meninjau kat pasar tani.. ada juga orang jual anak pokok cili padi ni tapi dalam pasu kecik tapi harganya RM8.. jauh sangat bezanya kalau nak dibandingkan dengan yang ini..  pasu ni saya beli asing ye.. 3 biji RM10..
Dah ada cili hijau, cili padi.. tak lengkap pulak kalau tak ada limau kasturi kan.. baru la boleh buat sambal.. 

Ya Allah! berkatilah usahaku untuk menjaga tanamanku ini agar subur dan membesar dan dapat berbakti pada ku.. aamiin...  kata orang tua2.. berbudi pada tanah akan dapat hasilnya.. inshaaAllah..


Kangkung, Daun Kesum dan Pegaga


Kangkung ni saya tanam pada hari Rabu 26.6.13. Saya tanam guna akar pokok kangkung yang saya beli untuk sayur makan tengahari.  Gambar ni saya ambik petang tadi.  Alhamdulillah ada 5 pasu yang dah mula hidup.. yang kat dalam polibag tu nampaknya tak menjadi.. akarnya tak kuat.. dah nak mati pun.. 

Yang ini cubaan kedua tanam daun kesum.. Terima kasih Kak Lin untuk batang kesum ni dan juga petua cara menanamnya.  Hari tu (tak ingat dah bila..) bilik L15 buat jamuan.  Kak Lin masak Laksa Johor.. saya mintak batang kesum ni sebab yang saya tanam kat rumah tak menjadi.. pesan Kak Lin rendam dulu dalam air batang ni lepas dah keluar akar baru tanam.. Alhamdulillah.. betul le Kak Lin.. dalam 2, 3 hari je batang ni dah berakar.. lepas seminggu baru saya tanam kat dalam periuk berlubang ni.. mudah2an cubaan kali ini berhasil.. inshaaAllah.. aamiin......

Pokok pegaga ni kakak saya beli kat pasar tani semalam.  Nak jadi rezeki, pokok ini tertinggal dalam kereta saya.. apa lagi, dah jadi rezeki saya le tu.. Saya dah bagitau kakak, saya tanam je la pokok ni.. dah menjadi nanti saya tuai dan hantar kat dia.. 

Memang seronok sebenarnya bila menanam sayur ni.. terutama bila tengok tanaman kita menjadi.. subhanallah, masyaallah.. happy sesangat.. seronok yang luar biasa.. rasa rajin je nak menyiramnya.. Ya Allah! Bantulah aku untuk istiqamah melayan pokok2 ku ini. Tiada daya upayaku melainkan dengan pertolonganMu.. aamiin....

Waktu Dhuha Yang Indah

Alhamdulillah.. segala puji hanya milik Allah swt kerana dengan izinNya kaki ini dapat kembali lagi ke taman syurga yang telah ditinggalkan buat sekian lama. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..


Kuliah dhuha di Masjid Sultan Azlan Shah pagi ini diisi oleh Ustaz Redzuan dari Jabatan Agama Islam Perak.  Ini merupakan kali pertama saya mengikuti kuliah dari ustaz.  Menarik.. Pagi ini ustaz mengulas beberapa tajuk yang agak santai tapi mendalam penuh makna.


Ustaz menceritakan ada beberapa waktu pintu langit akan terbuka; iaitu :
1.   malam nisfu sya'aban
2.   malam lailatul qadar
3.   malam 2 hariraya (Hari Raya Aidilfithri & Aidil Adha)
4.   malam isra' & mikraj
5.   setiap malam jumaat 

Menurut riwayat,  Saidatina Aishah ra akan menutup pintu rumahnya awal pada setiap malam jumaat.  Pada malam itu, Saidatina Aishah akan melipat gandakan amalannya.  Saidatina Aishah akan membaca beberapa surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Kahfi, Surah Al-Fath, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk. 

Di waktu pintu langit terbuka ini, kita disarankan untuk mempertingkatkan kuantiti dan kualiti ibadah kepada Allah swt.  


Selain dari itu ustaz juga menceritakan mengenai empat jenis air yang paling hebat di dunia ini.
1.   air yang keluar dari celah jari Rasulullah saw yang boleh digunakan oleh 300 orang untuk mengambil wudhu'.
2.   air telaga kauthsar (telaga Nabi) : air ini hanya boleh diminum oleh orang yang beragama Islam yang mengamalkan perintah Allah swt dan yang menjadikan Surah Al-Kauthsar sebagai amalan di sepanjang hidupnya.  Amat baik dibaca tiga kali sebelum tidur.  Air ini amat berkhasiat, barang siapa yang meminumnya akan hilang dahaganya selama-lamanya.
3.   air zam2 (air ni je la yang kita boleh rasa sekarang ni)
4.   air yang keluar dari batu yang diketuk dengan tongkat Musa as di mana batu ini mengeluarkan 12 mata air.

Monday, 17 June 2013

Pokok Halia dan Kunyit


halia ni saja je saya tanam sebab dah bertunas.. 
(nampak benor jarang masak. halia nan sebatang pun tak abis guna. siap boleh bertunas lagi )
mula2 tu ada 5 pokok yang hidup.. pastu satu2 mati.. ni je yang tinggal.. 
alhamdulillah..  semalam dah bertunas 1 lagi..
kunyit ni mula2 cantik je.. tapi bila tak dituai makin lama makin kuning dan kering.. 
alhamdulillah, 2 hari lepas dah bertunas daun baru yang segar..
cer teka.. kat sebelah kunyit tu pokok apa? 
hehehe...



Kita Akan Dijemput - UK's

  
mari kita sama2 hayati senikata lagu ini.. 
semoga dapat memberi keinsafan kepada kita semua..

Sunday, 16 June 2013

selapis plus berlapis

dah lama cari yang ni.. sekali bila jumpa terus bawak balik

first time jumpa bunga ni.. boleh tahan.. cantik kan?  apa lagi, bawak balik le.. walaupun sebenornya cari warna yang kat atas tu..

yang ni kuning semua.. tak berhenti berbunga..

ros selapis

ini le bunga selapis kuning.. cukup mudah membiak.. dari satu pasu sekarang dah ada 8 pasu..

 ini pulak yang warna pink.. kat celah warna pink ni le ada yang warna purple.. tp yang ni dari asal 1 pasu baru jadi 5 pasu.. 

warna purple ni ada yang dalam pasu tapi tak diambik gambornya..

Taman Bunga Saya

Ini le taman bunga saya..
wujudnya kat depan pagar rumah saya a.k.a kaki lima jalan depan rumah..  saya memang peminat setia ros jepun ni.. dah banyak kali tanam.. tanam, hidup, segar, mati, tanam lagi.. pindah rumah.. tanam lagi.. mana ada jemu tanam bunga ni.. lebih2 lagi bila tengok bunga ni membiak dengan cepat dan subur pulak tu.. bunga dia besor2.. subhanallah.. cantik sangat..

bermula awal bulan mei hari tu.. semangat nak berbunga subur semula dalam jiwa ni.. memang dah lama duk menenang bunga ni kat nursery.. tapi banyak je alasan tak dan nya.. Bila dah tak sabor mula le beli mula dengan 8 pasu gantung.. 6 yang berlapis (kuning muda, kuning tua, oren, peach, putih, merah) dan 2 yang selapis (kuning dan pink : opss!! dalam pasu merah tu ada terselit warna purple.. rezeki.. Alhamdulillah)

mula2 gantung kat awning.. alahai jadi senget sebelah (cari cahaya matahari le tu).. dah le senget, tak nak berbunga banyak pulak tu.. dah mula nak frust ni.. tak pe, kita cari tapak baru..


bersambung..

Ros Jepun Lagi


Saya suka sangat dengan bunga ni.. di bahagian bawah selapis warna kuning dan di tengahnya berlapis2 warna oren.. cantik..  bila ternampak je kat nursery terus angkat.. bukan senang nak jumpa..  nampak kat rumah orang, nak mintak, segan.  Nampak tak yang warna putih tu.. kata kawan saya jenis albino.. hehehe.. tak pasal2 dalam tangkai kuning terselit sekuntum warna putih semua.. nanti saya nak siasat.. datang dari mana spesis ni.. 

Yang ni pulak warna oren berlapis2.. ada juga warna kuning lembut dan kuning tua.. cukup rajin berbunga.. lebih2 lagi bila dah dibaja dengan baja penggalak bunga no 53.. bunganya jadi besarrr..   

Kat dalam group ni ada warna peach (uncle depan rumah minat yang ni), putih, merah.. bila waktu tengahari banyak yang kembang.. seronok tengok.. panas pun panas lah janji dapat menghayati keindahan makhluk ciptaan Allah swt ni.. Subhanallah.. cantik sangat.. amat sesuai untuk terapi hati yang lara.. cewahhh..

Yang ni warna pink.. tak beli tapi dia ikut sekali dalam pasu bunga yang lain tu.. rezeki Allah bagi :).. asingkan je dalam polibag.. inshaaAllah bila dah subur nanti kita letak dalam pasu besar sikit ye..
 
Yang putih ni kegemaran suami.. memang gemuk2.. batangnya gebu, daunnya lebat.. memang menjadi penyejuk mata, hati dan jiwa.. indah alam ciptaan Tuhan.. mekar indah sungguh mendamaikan..



Tanamanku


Bila tengok pokok yang ditanam bertunas, subhanallah.. alhamdulillah.. seronoknya.. berbunga2 hati ni..  Setiap kali pindah rumah, kena le tanam semula.. 

Pokok limau purut, pokok kari, daun pandan nampaknya mula subur.. selang 2 minggu ada je tunas baru..  Alhamdulillah.. syukur sangat2..  

Gambor kat bawah tu pulak.. pokok petola,  kacang botol dan sawi..  emm.. petola ni dh sampai masanya nak kena pindahkan tapi sabor la ye.. tak dan.  pokok kacang botol tu dah pun selamat dialihkan kat dalam pasu yang besor.. maklum le tak ada tanah dah.. semuanya dah kena simen..  tak le diambik gambornya tadi.. pokok sawi pulak, ish.. bercambah punya le banyak.. bila dialih, macam nak sampai ajal je dah.. itu le penangan bertanam tanpa ilmu.. aci dan je.. tak pe, tak pe.. kita cuba lagi dengan kaedah yang lebih saintifik.. in shaa Allah..