Alhamdulillah.. segala puji hanya milik Allah swt kerana dengan izinNya kaki ini dapat kembali lagi ke taman syurga yang telah ditinggalkan buat sekian lama. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Kuliah dhuha di Masjid Sultan Azlan Shah pagi ini diisi oleh Ustaz Redzuan dari Jabatan Agama Islam Perak. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti kuliah dari ustaz. Menarik.. Pagi ini ustaz mengulas beberapa tajuk yang agak santai tapi mendalam penuh makna.
Ustaz menceritakan ada beberapa waktu pintu langit akan terbuka; iaitu :
1. malam nisfu sya'aban
2. malam lailatul qadar
3. malam 2 hariraya (Hari Raya Aidilfithri & Aidil Adha)
4. malam isra' & mikraj
5. setiap malam jumaat
Menurut riwayat, Saidatina Aishah ra akan menutup pintu rumahnya awal pada setiap malam jumaat. Pada malam itu, Saidatina Aishah akan melipat gandakan amalannya. Saidatina Aishah akan membaca beberapa surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Kahfi, Surah Al-Fath, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk.
Di waktu pintu langit terbuka ini, kita disarankan untuk mempertingkatkan kuantiti dan kualiti ibadah kepada Allah swt.
Selain dari itu ustaz juga menceritakan mengenai empat jenis air yang paling hebat di dunia ini.
1. air yang keluar dari celah jari Rasulullah saw yang boleh digunakan oleh 300 orang untuk mengambil wudhu'.
2. air telaga kauthsar (telaga Nabi) : air ini hanya boleh diminum oleh orang yang beragama Islam yang mengamalkan perintah Allah swt dan yang menjadikan Surah Al-Kauthsar sebagai amalan di sepanjang hidupnya. Amat baik dibaca tiga kali sebelum tidur. Air ini amat berkhasiat, barang siapa yang meminumnya akan hilang dahaganya selama-lamanya.
3. air zam2 (air ni je la yang kita boleh rasa sekarang ni)
4. air yang keluar dari batu yang diketuk dengan tongkat Musa as di mana batu ini mengeluarkan 12 mata air.
Ustaz juga turut membicarakan mengenai orang yang lalai dalam solatnya. Orang yang lalai yang dimaksudkan ialah :
1. orang yang hanya solat 2 kali dalam setahun (Solat sunat Aidilfitri & Aidiladha)
2. orang yang solat tak cukup waktu
3. orang yang solat penuh tapi di hujung waktu (15 minit selepas masuk dikira awal waktu)
4. orang yang solat tetapi mengingati urusan dunia di sepanjang solatnya
tips untuk khusyuk dalam solat ialah dengan berdoa sebelum solat supaya Allah datangkan khusyuk ke dalam solat kita.
Perkongsian yang terakhir untuk sesi ini ialah hukum tepuk tangan.
1. Haram
i. dalam perkara maksiat (hiburan yang melalaikan)
ii. kalau tepukan itu boleh mengganggu orang lain
iii. tepukan tanda setuju dengan ucapan yang menghina Islam
Hikmah menepuk belakang tangan : bunyinya tak le kuat sangat
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu dari kelemahan diri saya yang mendengar dan memahaminya. Jika ada sebarang kesilapan mohon teguran.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment