Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas.
Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus
mengalah?
Cuba fikirkan kembali ketika kita masih muda, mungkin semasa kita
kanak-kanak? Bukankah hidup ini mudah dan seronok bagi kita? Semuanya
adalah mungkin, boleh saja dilakukan jika ada kemahuan.
Tapi dalam kita membesar, perkara-perkara yang dahulunya mudah belaka telah menjadi susah lagi menyusahkan. Kenapa ya?
Mungkinkah kita telah dewasa dan mengetahui bahawa betapa susahnya untuk merealisasikan sesebuah perkara?
Ujian untuk Menguji.
Ujian dan dugaan yang menimpa, bukanlah sesuatu yang dapat kita ketahui sebelum ianya berlaku.
Allah taala menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya boleh terima. Maka sabar dan senyumlah. Lain orang lain ujiannya.
Allah taala takkan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Maka jika kita terpilih untuk melalui ujian itu tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk.
"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya
untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi
seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu
sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar
itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)
Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya.
Andai kita gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada
perancangan yang lebih baik untuk kita, lebih baik daripada perancangan
manusia untuk diri sendiri.
Namun, kita hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan
sangkaan manusia. Sedar atau tidak, kita terpaksa memenuhi semua
tuntutan itu. Sehingga kita mungkin lupa yang kehendak Allah jauh
melangkau segalanya.
Sesungguhnya, jalan menuju syurga itu adalah dengan kesabaran. Sebab
itu, Nabi telah bersabda : "Manusia yang paling berat ujiannya adalah
para nabi, kemudian yang terbaik
sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya
kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya.
Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi
tanpa menyandang sedikit pun dosa."
Ya Allah, bila membacanya entah mengapa hati rasa berbunga-bunga. Para
sahabat sahabiah dulu, mereka sangat risau bila diri diuji. Mungkin ada
yang mahu diuji dan ada yang takut bila diuji.
Namun dengan segenggam kepercayaan bahawa Allah tidak akan menguji
hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu pikul. Dan ya, kehidupan
sememangnya mengajar erti redha, sabar, tawakal, berharap pergantungan
sepenuhnya kepada Allah dan bermacam-macam lagi.
Banyak saja cara Allah nak didik kita. Nak tarbiyyah kita. Semoga Allah akan terus mendidik kita ketika iman masih menebal. Mudahan perasaan cinta kita kepada sang Khaliq akan semakin bertambah.
lots of luv :
ummi
No comments:
Post a Comment