Monday, 20 August 2012

Cinta Kerana Allah

Allah boleh jaga kita sepanjang masa, bukan seperti si dia, diri dia pun selalu tak terjaga - malah dia pula menuntut kita menjaga dan memberi perhatian padanya :D (tak mengapa, kerana pasangan yang baik memang saling menjaga!)

Allah selalu ada bila kita perlukanNYA, bukan seperti si dia yang sibuk dengan urusan dunia yang tak selesai. (malah urusan berkaitan kita juga !)

Allah mendengar suara hati, sangat memahami setiap turun naik perasaan, mengetahui setiap hela nafas yang kegembiraan dan kesedihan. Bukan seperti si dia yang kadang sukar memahami.
 
Jika ingin cinta kekal, cintailah Allah Yang Maha Kekal. CintaNya Tak pernah hilang.

Cinta tidak diikat dengan harta, tetapi dengan kekayaan Allah Yang Maha Memberi. 

Cinta.. nikmat dunia yang sementara tapi kesannya bisa membawa kita ke syurga..

"...DIAlah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."

(Surah al-Anfaal ayat 62-63)

 Ya Allah!  satukanlah hatiku dan dia dengan ikatan iman dan kasih sayang..





lots of luv : ummi

2 comments:

  1. Amanat ummi,
    Anak-anakku……
    Jagalah hak Allah dan Rasul.
    Jaga pergaulan dan jaga hati
    Berhati-hatilah, chatting, telefon, sms, laman sosial dan sebagainya boleh menyebabkan kau jatuh dalam maksiat.
    Jangan mudah berjanji
    Jangan menjalin hubungan emosi sebelum nikah.
    Jangan jadikan pertunangan itu alasan untuk memadu asmara.Bukan masanya untuk kau berkongsi emosi. Inilah pintu-pintu maksiat. Jangan pastikan sesuatu yang belum pasti.
    Jangan kau mulakan proses pembinaan rumahtangga dengan maksiat dan pembohongan.
    Pembinaan rumahtangga itu mulia, maka prosesnya juga mesti bersih.
    Apabila kau sudah diijab Kabul, segala larangan menjadi halal. Ketika ini perkongsian emosi menjadi wajib.
    Layarilah kehidupan rumahtangga dalam keadaan saling menyayangi , menghormati dan mempercayai.
    Selamat berbahagia.

    ReplyDelete
  2. Apakah tiada peluang bagi orang yang pernah menempah jalan yang salah untuk memperbaiki kesilapannya? Adakah Allah telah menutup pintu keampunanNya kerana kesalahan yang pernah dilakukan sebelumnya? Tidak adakah masa depan untuk insan yang berdosa?

    Terima kasih Kak Ana.. ketabahanmu mengajarku.. kemuliaanmu menyebabkan hati ini sentiasa memohon pada Allah agar disatukan hatimu dan hatiku dengan ikatan iman dan kasih sayang.. agar ukhuwah yang terbina di antara kita menjadi saham terindah untuk ke syurga.. amiinnn...

    ReplyDelete